suria

Minhyun (NU'EST) bebas wabak Covid-19, tapi dua pekerja Chungha disahkan positif

Agensi pengurusan tampil menafikan dakwaan Minhyun dijangkiti koronavirus.

AGENSI pengurusan NU'EST iaitu Pledis Entertainment menafikan dakwaan yang mengatakan salah seorang anggota kumpulan itu, Minhyun terkena jangkitan wabak koronavirus atau Covid 19.

Menurut laporan Soompi, sumber terdekat memberitahu Minhyun dan semua pekerja yang terlibat ketika menghadiri acara minggu fesyen di Milan, Paris bebas daripada virus itu.

"Dakwaan yang mengatakan Minhyun terkena jangkitan koronavirus itu tidak benar. Semua pekerja termasuk Minhyun sudah jalani pemeriksaan.

"Keputusan pemeriksaan itu menunjukkan mereka bebas daripada dijangkiti virus tersebut," katanya.

Selain Minhyun, selebriti Chungha, Song Hye Kyo, IU, Han Ye Seul dan Park Min Young turut menghadiri acara yang sama baru-baru ini.

Bagaimananapun, dilaporkan dua orang pekerja penyanyi Chungha disahkan dijangkiti koronavirus.

Minhyun, Chungha

Artikel Lain