suria

“Dosa isteri, saya yang tanggung” - Suami Siti Badriah tegur netizen jangan sibuk cara isterinya pakai tudung

Gambar Siti Badriah yang menjadi perbalahan hangat dalam kalangan netizen. -Foto Instagram @/sitibadriahh

PENYANYI dangdut Indonesia Siti Badriah, 29, kini sedang berada di Makkah bagi menunaikan umrah bersama suaminya, Krisjiana Baharudin.

Dipetik melalui detikhot, Siti Badriah atau mesra di panggil Sibad itu memuat naik gambar dia memakai tudung ketika berada di sana.

"Saya bukan seorang wanita yang memakai tudung. Tetapi insyaAllah saya cuba berpakaian mengikut tempat itu.

"Tidak berniat membuat gurauan atau tidak mahu memakai tudung, tetapi tudung itu dari hati, bukan dari apa yang orang cakap.

"Jadi saya harap followers memahaminya," tulis penyanyi itu pada keterangan gambar yang di muat naik di Instagram peribadinya.

Sibad memohon doa untuk yang terbaik dari orang ramai.

Bagaimanapun kapsyen dan gambar berkenaan ternyata mengundang kecaman netizen yang rata-rata menegur cara Siti Badriah menutup aurat ketika berada di Tanah Suci.

Namun suami Siti Badriah tampil membalas komen netizen bagi mempertahankan isterinya.

"Bersusah payah mengurus tudung dan dosa. Terpulang kepada isteri saya mahu bagaimana. Saya sebagai suami pun tak ambil serius. 

"Dosa isteri saya, saya yang menanggungnya. Kenapa anda perlu bersusah payah mengurus dosa isteri saya," katanya.

Selain daripada itu, Krisjiana juga memohon doa yang terbaik untuk isterinya dan menasihati orang ramai untuk tidak menghakimi.

"Hanya berdoa untuk yang terbaik.

"Tidak perlu menjadi 'cikgu' orang lain apabila anda tidak mahu di nasihati," ujarnya.

Bagaimanapun Siti Badriah bertindak menutup ruangan komen dan menukar kapsyen yang dibuatnya sebelum ini.

Siti Badriah, umrah

Artikel Lain