suria

Air mata BCL jatuh lagi, lagu ‘Tak Mungkin Bersama’ nyanyian Judika cukup mendalam - “Kasihan kak Unge tidak tahan... kuat kak Unge”

Bunga tidak dapat menahan air mata melihat persembahan Judika.

VIDEO penyanyi Judika mendendangkan single terbaharunya berjudul Tak Mungkin Bersama serta reaksi spontan Bunga Citra Lestari menangis ketika menghayati lirik lagu berkenaan mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Rata-rata begitu terkesan dengan reaksi Bunga yang baharu sahaja kehilangan suaminya iaitu pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @reghinaaa_, Bunga kelihatan sukar menahan air mata kerana begitu terkesan dengan nyanyian Judika.

Memahami situasi yang dihadapi Bunga, penyanyi Ari Lasso yang turut sama berada di kerusi juri program Indonesian Idol segera menenangkannya.

Ari Lasso mencuba menenangkan Bunga yang tidak dapat menahan air matanya.

Malah Judika sendiri kedengaran sebak ketika menyanyikan lagu itu tatkala melihat Bunga cuba ditenangkan namun berjaya mengawal emosinya dan meneruskan nyanyian.

"Langsung di peluk oleh Ari Lasso, kasihan kak Unge tidak tahan... kuat kak Unge," tulis akaun Instagram bernama Melisa Aprilia Putri.

"Ikut sedih yang sangat dalam, ikut merasakan apa yang dirasakan Unge. Semoga Tuhan cepat mengganti duka menjadi suka, keep strong Unge," tulis akaun bernama Ninik Dalope.

Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta.

Allahyarham dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Bunga Citra Lestari, Judika

Artikel Lain