suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang penyebaran wabak Covid-19... ini cara Ayu Ting Ting siapkan diri daripada terkena jangkitan!

Ayu Ting Ting siapkan diri berdepan Covid-19 dengan menjaga kesihatan.

BIMBANG penyebaran wabak Covid-19, penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tubuhnya kekal sihat.

Menurut Ayu, dia menjaga pemakanan dan bersenam bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan sebarang jangkitan penyakit.

Selain itu, penyanyi lagu Sambalado ini turut mengambil makanan tambahan serta memakai penutup hidung dan mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu beri bayangan Ayu Ting Ting sedang dilamun cinta

"Keadaan tubuh semuanya kena sihat, tak boleh ada yang sakit. Saya ambil vitamin, minum air putih dan olahraga.

"Oh selain itu ada juga stok penutup mulut dan hidung," katanya.

Bagaimanapun Ayu Ting Ting berkata dia tidak menghadkan pertemuan dengan mana-mana pihak kerana kerjayanya sebagai penghibur.

"Tak juga (membataskan perjumpaan). Kita harus berhati-hati sahaja, hanya berwaspada tapi sentiasa doa semoga semuanya sihat," ujarnya.

SUMBER:  TribunNews

Ayu Ting Ting

Artikel Lain