suria

Attar Halilintar dan keluarga disaman kerana langgar hak cipta lagu 'Lagi Syantik'

Gen Halilintar. Foto: detikhot.

YOUTUBER terkenal Indonesia, Atta Halilintar hadir ke Mahkamah Daerah Jakarta Pusat bagi perbicaraan kes pelanggaran hak cipta lagu Lagi Syantik yang dinyanyikan dan dimuat naik di laman Youtube milik keluarganya Gen Halilintar.

Seperti dipetik Kompas.com, Atta Halilintar datang bersama 10 adik-beradiknya yang dikenali sebagai Gen Halilintar bersama peguam, Sunan Kalijaga.

Salah seorang adiknya, Thariq Halilintar berkata, mereka tidak mengambil sebarang keuntungan daripada rakaman semula lagu berkenaan.

Malah, pihak Gen Halilintar terpaksa mengeluarkan modal menyusun semula muzik, pakaian dan alat solek.

"Kami keluarga Gen Halilintar tidak menerima mana-mana keuntungan daripada video yang dibuat itu," kata Thariq Halilintar dalam pembicaraan kes tersebut pada Isnin.

Gen Halilintar didakwa telah melanggar hak cipta lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah di Youtube pada tahun 2018.

Syarikat rakaman Nagaswara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Atta dan keluarganya.

Bagaimanapun, video lagu tersebut sudah dipadam oleh mereka daripada saluran YouTube.

Artikel Lain