Sembilan tahun berkahwin, Irwansyah dan Zaskia Sungkar akhirnya jalani rawatan IVF

Zaskia Sungkar dan Irwansyah. Foto: Instagram/@zaskiasungkar15

PENYANYI dan juga pelakon Indonesia, Irwansyah yang berkahwin selama sembilan tahun bersama Zaskia Sungkar itu belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Selepas pelbagai usaha dilakukan pasangan itu akhirnya mencuba rawatan bayi tabung uji atau IVF.

Zaskia menerusi laman sosialnya memuat naik foto ketika bertemu seorang doktor pakar berkaitan proses IVF.

"Alhamdulillah saya mendapat giliran tiga bulan lalu IVF di luar sangat merumitkan dan untuk setiap perjumpaan perlu menggunakan emel," tulisnya.

Zaskia Sungkar, Irwansyah, dan doktor pakar rawatan bayi tabung uji.

Zaskia Sungkar berkata, dia sepatutnya menjalani rawatan itu selepas Hari Raya Aidilfitri depan. 

Bagaimanapun, dia tidak sabar dan mahu melakukan program itu secepat mungkin. 

"Sudah tidak sabar kalau harus menunggu selepas Hari Raya Aidilfitri," tambahnya.

Zaskia meminta peminat mendoakan urusan tersebut berjalan lancar dan berjaya.

"Bismillah ya doktor, semua berjalan lancar semoga Allah kabulkan doa dan usaha kita. Teman-teman tolong doakan untuk saya ya #ivfwarrior," tulisnya di Instagram.

Zaskia Sungkar, Irwansyah

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain