suria

Padam foto suami di laman sosial... ini komen Laudya Cynthia Bella ketika diasak media Indonesia!

Laudya Cynthia Bella meluru ke kenderaan miliknya dan tidak menjawab pertanyaan media. Foto: Grid.ID

TINDAKAN pelakon Laudya Cynthia Bella memadam foto bersama suaminya, Engku Emran di laman sosial mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.

Isu ini terus menjadi perbualan hangat peminat apabila Laudya hanya mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya itu.

Terbaharu, menerusi laporan Grid.ID, Laudya diserbu oleh sekumpulan media Indonesia ketika ditemui di sebuah acara hiburan di Senayan, Jakarta pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Laudya Cynthia Bella padam foto bersama Engku Emran termasuk foto pernikahan

Memilih untuk terus mengunci mulut, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini hanya tersenyum meskipun diasak dengan pelbagai soalan panas.

Sehinggakan dia terpaksa dikawal oleh beberapa orang pengawal untuk mengiringinya ke kenderaan.

"Terima kasih ya," kata Laudya sambil tersenyum.

Sebelum ini, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Artikel Lain