suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Steven Spielberg malu pengakuan anak mahu jadi bintang filem lucah

Steven Spielberg dan Mikaela Spielberg

PENGARAH filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg menjadi bualan ramai selepas anak angkatnya Mikaela Spielberg mendedahkan terlibat dunia perfileman lucah.

Seperti dipetik The New York Post, Steven dikatakan berasa malu dengan pengakuan anaknya itu.

Bagaimanapun, sumber terdekat memberitahu dia menyokong keputusan anaknya seperti mana menyokong anak-anaknya yang lain.

"Seperti yang sudah di jelaskan Mikaela, Steven (Spielberg) dan Kate (Capshaw) menyokongnya seperti mereka menyokong anak-anaknya yang lain. 

"Namun, mereka di percayai berasa malu dengan pengakuan yang di buat oleh anaknya itu bahawa dia mahu menjadi pekerja seks dunia," ujar sumber.

Mikaela Spielberg merupakan anak angkat dari pasangan Steven Spielberg dan Kate Capshaw.

Mikaela Spielberg

Akibat pengakuan yang dibuat oleh Mikaela itu, Steven dan Kate berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang lain.

"Tidak ada yang boleh merosakkan nama baik Steven Spielberg dan Kate. Mereka bimbang mengenai hal itu dan bagaimana orang awam melihat anak-anak yang lain, mahu menyokong pilihan Mikaela tetapi juga berasa malu," katanya.

Mikaela yang kini tinggal bersama kekasihnya itu menimbulkan kekecohan apabila mendedahkan mahu menjadi bintang lucah. 

SUMBER: DAILY MAIL

Artikel Lain