suria

Album baharu BTS 'Map Of The Soul: 7' terjual 2 juta dalam tempoh 2 jam

BTS catat rekod terbaharu dalam jualan album. Foto: SOOMPI

KUMPULAN BTS mencipta rekod baharu di carta Hanteo apabila album mereka Map Of The Soul: 7 terjual sebanyak 2 juta salinan dalam masa dua jam.

Menurut laporan Soompi, Hanteo yang merupakan laman rasmi yang mencatat jualan album di Korea Selatan memaklumkan ia merupakan satu rekod baharu di laman mereka.

Album Map Of The Soul: 7 dilancarkan secara rasmi dan boleh dibeli oleh peminat bermula Jumaat lalu.

Catatan rekod itu menjadikan BTS artis pertama yang berjaya mencapai angka jualan album sebanyak 1 juta dalam masa terpantas.

Secara tidak langsung BTS menewaskan rekodnya sendiri menerusi album Map Of The Soul: Persona yang mencapai jualan 2 juta dalam masa seminggu.

Sebelum itu, pengedar Dreamus Company mengumumkan tempahan awal untuk album ini telah mencapai lebih 4 juta.

BTS, Map Of The Soul: 7

Artikel Lain