Didakwa hantar wakil uruskan perceraian, ini penjelasan Krisdayanti, Raul Lemos - Bintang Global | mStar

Didakwa hantar wakil uruskan perceraian, ini penjelasan Krisdayanti, Raul Lemos

Hubungan pasangan ini masih berada dalam keadaan baik.

RUMAH TANGGA pasangan Krisdayanti dan Raul Lemos dikhabarkan berada di hujung tanduk.

Seperti dipetik Liputan6, perwakilan salah satu pihak Krisdayanti atau Raul Lamos telah hadir ke Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekali curang, sudah pasti curang lagi dan lagi” - Heboh status curang suami Krisdayanti

Perwakilan itu adalah untuk bertanya perihal syarat tuntutan cerai.

Perkara itu disampaikan oleh pegawai Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Faizal Kamil ketika ditemui media.

"Baru khabar angin, entah pihak Krisdayanti atau Raul Lemos. Tapi dari bawah tadi ada yang datang perwakilan dari Raul Lemos," ujarnya.

Pasangan ini dikhabarkan buat tuntutan cerai.

Menerusi sumber itu, pihak perwakilan tersebut bertanya tentang syarat-syarat yang diperlukan untuk bercerai.

Sementara itu, Raul menerusi Instgaramnya menafikan berita berkenaan.

"Tadi baca berita terkejut dan ketawa. Soalnya ini berita palsu dan bohong sangat.

"Saat saya baca ini, saya dan isteri dalam kereta dari Bandung ke Jakarta. Kami saling pandang dan ketawa," ujarnya.

Manakala, Krisdayanti turut menafikan perkara itu dan meminta pihak media menulis perkara benar.

"Media yang menulis berita ini saya hargai tugas anda dalam bekerja, hanya tolong tulis yang benar ya," ujarnya di Instagram.

Krisdayanti , Raul Lemos

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain