suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Running Man Lee Kwang Soo cedera akibat kemalangan jalan raya

Lee Kwang Soo

AGENSI Lee Kwang Soo mendedahkan pada Selasa bahawa bintang realiti show Running Man itu mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta pada Sabtu lalu.

Menurut Soompi, dia kini berehat sementara waktu daripada semua aktiviti yang sudah dijadualkan termasuk penggambaran Running Man.

Lee Kwang Soo menjalani pembedahan pada petang Selasa lalu.

Pekara itu disahkan oleh agensinya Kingkong by Starship.

"Pada petang 15 Februari (Sabtu), Lee Kwang Soo, yang dalam perjalanan ke tempat kerja dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat.

"Selepas mendapatkan rawatan, selebriti itu disahkan patah pada bahagian pergelangan kaki kanannya.

"Dia kemudian dihantar ke hospital dan menerima rawatan susulan.

"Dia juga tidak dapat menyertai aktiviti yang telah dijadualkan. Kami akan berkongsi tentang kesihatannya. Dia akan fokus kepada rawatan pemulihan" ujar agensi.

Lee Kwang Soo

Artikel Lain