suria

Tom Holland tinggalkan Instagram, mahu fokus kehidupan

Tom Holland memilih untuk berhenti menggunakan media sosial. Foto: Getty

PELAKON Tom Holland memberitahu dia berhenti menggunakan laman Instagram kerana ingin memberikan lebih fokus kepada kehidupan peribadi.

Menurut laporan NME.com, aktor filem Spiderman ini menjelaskan dia enggan memiliki media sosial kerana menganggu realiti kehidupannya.

"Saya rasa sebelum ini terlalu fokus dengan Instagram melebihi kehidupan di alam nyata, jadi saya pilih untuk berhenti buat sementara waktu dan fokus dengan realiti sebagai Tom Holland.

Tom mahu fokus dengan kehidupan peribadi.

"Ianya telah mengambil kehidupan saya sehingga menjadi obses, contohnya berfikir mengenai jumlah tanda suka yang saya dapat dan apa kata orang tentang muat naik saya.

"Saya terlalu memikirkan mengenai kata orang sehingga hilang realiti kehidupan sendiri... saya bercakap mengenai diri sendiri sebagai orang ketiga dan cuba menyesuaikan diri dengan semua ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 23 tahun ini akan membintangi filem animasi Onward yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tom Holland

Artikel Lain