“Dia seperti sedang tidur” - Teman artis kongsi keadaan jenazah Ashraf Sinclair sebelum dikebumi - Bintang Global | mStar

“Dia seperti sedang tidur” - Teman artis kongsi keadaan jenazah Ashraf Sinclair sebelum dikebumi

Pemergian Ashraf mengejutkan ramai pihak.

PENYANYI Maia Estianty berkata pemergian Ashraf Sinclair terlalu mudah sehingga tidak disedari oleh isterinya, Bunga Citra Lestari.

Menurut Maia, Ashraf ketika ditemui isterinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia sihat sahaja, tidak ada sebarang masalah (kesihatan).

“Cerita saya dengar dari dalam, Ashraf meninggal selepas mahu tidur malam. Bunga ketika itu pergi membersihkan muka.

“Selepas bersihkan muka, Bunga mahu memesan mi segera, tapi Ashraf tak bangun apabila dikejut, peristiwa itu berlaku terlalu cepat,” katanya.

Sementara itu, Maia menyifatkan Ashraf sebagai seorang lelaki yang baik dan rupawan.

Malah, wajahnya ketika berbalut kain kafan seperti sedang tidur.

“(Jenazahnya) Seperti orang tidur. Ashraf orang baik. Sangat merendah diri dan dia terlalu baik,” ujarnya.

Pelakon berusia 41 tahun ini menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung pada Selasa.

SUMBER:  CNN

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain