“Setiap kali dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” - Ashraf Sinclair penderma tetap rumah anak yatim - Bintang Global | mStar

“Setiap kali dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” - Ashraf Sinclair penderma tetap rumah anak yatim

Ashraf merupakan penderma tetap yayasan yatim piatu di sebuah asrama di Indonesia.

PELAKON Ashraf Sinclair disifatkan sebagai individu pemurah ketika hayatnya apabila dia menyumbangkan derma dan bantuan kepada rumah anak yatim.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib mendedahkan Ashraf merupakan penderma tetap rumah kebajikan kelolannya itu.

Justeru itu, pemergian Ashraf cukup dirasai oleh penghuni yayasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruntung pergi dalam tidur, kami masih tak percaya!” - Rakan artis, peminat banjiri Instagram Ashraf Sinclair

"Dia adalah penderma tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman.

"Dia sangat mesra, baik hati dan ramah. Kami merasai kehilangan apabila mendapat berita ini," katanya semasa ditemui media di rumah duka, Jakarta Selatan pada Selasa.

Ashraf bersama isteri dan anak tersayang.

Sementara itu, Ahmad Habib berkata kali terakhir dia bertemu pelakon berusia 41 tahun itu kira-kira dua bulan lalu.

"Ini kan sekolah agama, jadi bila pun dia boleh datang, selalu datang. Setiap kali dapat rezeki, dia pasti datang memberi rezeki kepada kami.

"Kami berjumpa dua bulan lalu, semasa jumpa itu dia sihat dan baik-baik sahaja," ujarnya.

Pada pagi Selasa, suami kepada pelakon Bunga Citra Lestari ini meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

SUMBER:  Hot Detik

Ashraf Sinclair

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain