suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat bimbang keadaan mental Ahn Jae Hyun

Foto yang dimuat naik Ahn Jae Hyun mengundang kebimbangan peminat.

PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Ahn Jae Hyun di laman Instagramnya mengundang kebimbangan peminat.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Ahn Jae Hyun meminta semua orang untuk melupakan dirinya.

Bagaimanapun, foto yang dimuat naik itu telah dipadam selepas peminat meluahkan rasa bimbang dengan keadaan mental aktor tersebut.

Sumber daripada agensinya, HB Entertainment memberitahu mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan ia dimuat naik menerusi akaun laman sosial peribadi pelakon itu.

Ahn Jae Hyun memadam foto tersebut selepas peminat luah rasa bimbang.

"Sekarang ini, perkongsian itu sudah tiada sebab dia sudah memadam foto tersebut. Sebagai agensi, kami tidak ada apa-apa untuk diperkatakan mengenai perkara itu.

"Sebab foto itu dimuat naik di akaun laman sosial peribadi Ahn Jae Hyun. Dia mungkin tidak mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadi.

"Tapi kami akan cuba menghubungi dia untuk periksa keadaannya," katanya.

Sumber - Soompi

Ahn Jae Hyun

Artikel Lain