suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liam Hemsworth temui cinta baharu, enggan ambil tahu tentang Miley Cyrus

Liam lebih bahagia menjalani kehidupan tanpa mengambil tahu mengenai hubungan Miley dan Cody.

SELEPAS berpisah dengan bekas isterinya yang juga penyanyi Miley Cyrus, pelakon Liam Hemsworth berusaha yang terbaik untuk meneruskan kehidupannya.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Liam dikatakan enggan mengambil perhatian mengenai hubungan cinta Miley dengan kekasihnya Cody Simpson.

"Liam sudah melupakan kisah silam dan dilihat lebih positif dalam menjalani kehidupan hariannya. Hubungan cinta Miley dan Cody bukan keutamaanya.

"Malah, dia tidak mahu memikirkan soal mereka berdua," kata sumber.

Liam kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Gabriella Brooks dan mereka kerap dilihat meluangkan masa bersama.

Artikel Lain