“Sekali curang, sudah pasti curang lagi dan lagi” - Heboh status curang suami Krisdayanti - Bintang Global | mStar

“Sekali curang, sudah pasti curang lagi dan lagi” - Heboh status curang suami Krisdayanti

Krisdayanti tampil menjelaskan rumah tangga mereka masih bahagia.

PENYANYI terkenal Indonesia Krisdayanti tampil menjelaskan status yang dimuat naik suami Raul Lemos di Instagram berkaitan hal kecurangan.

Krisdayanti berkata, rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik dan status itu tiada kaitan dengan perkahwinan yang dibina lapan tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti suntik DNA ikan salmon setiap tahun untuk dapat wajah awet muda

"Wah jangan bimbang... Alhamdulillah baik dan kami baru kembali dari Dili atas urusan kerja.

"Kalau berkaitan status curang ia tidak semestinya tentang rumah tangga yang tidak sihat. Boleh juga kerana pekerjaan," ujarnya seperti dipetik Liputan 6.

Penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia ini mengulas tentang status suaminya yang menjadi viral sejak Khamis.

Menerusi posting itu, Raul Lemos memuat naik sebuah artikel tentang kecurangan.

Pasangan ini berkahwin pada 2011.

"Sekali curang, sudah pasti curang lagi dan lagi. Stigma yang satu ini sudah sangat melekat dalam masyarakat," antara ayat yang dimuat naik menerusi posting tersebut.

Perkara itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mula mengesyaki hubungan pasangan ini sedang dalam masalah.

Sementara itu, Krisdayanti berharap rumah tangganya kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

"Namanya manusia, kita berusaha agar semua baik dalam rumah tangga dan kehidupan masa depan," ujarnya.

Namanya manusia, kita berusaha agar semua baik dalam rumah tangga dan kehidupan masa depan

KRISDAYANTI

Penyanyi

Krisdayanti sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan berpisah dengan bekas suaminya komposer Anang Hermansyah selepas menjalinkan hubungan dengan Raul Lemos.

Krisdayanti berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dia turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan Anang Hermansyah.

Krisdayanti , Raul Lemos

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.