suria

Lagu baharu ada kaitan dengan Justin Bieber, Hailey Baldwin sindir Selena Gomez

Hailey muat naik status dikatakan sindir Selena Gomez.

PENYANYI Selena Gomez disindir oleh model Hailey Baldwin yang merupakan isteri kepada bekas kekasihnya iaitu selebriti Justin Bieber sebaik sahaja muncul dengan single terbaharu Lose You To Love Me pada Selasa.

Memetik laporan People, posting Hailey seolah-olah ditujukan kepada Selena apabila memuat naik tangkapan skrin lagu berjudul I'll Kill You di Instastory selepas sahaja beberapa minit lagu tersebut dilancarkan.

Peminat Selena mempercayai Hailey berbuat demikian kerana lirik lagu Lose You To Love Me itu menceritakan bagaimana Justin Bieber meninggalkan Selena sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. 

"In two months you replaced us

"Now that chapter is closed and done," antara lirik lagu Selena yang didakwa mempunyai kaitan dengan hubungan percintaanya dengan Justin.

Hailey Baldwin membuat tangkapan skrin lagu I'll Kill You sebaik sahaja single Selena dikeluarkan.

Selepas 18 jam single tersebut dilancarkan, video aktres Disney itu menerima lebih daripada 21 juta tontonan dan 140,000 komen di media sosial, YouTube.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Selena untuk meneruskan kehidupannya walaupun kecundang dalam percintaan.

"Rasa nak nangis saja lepas dengar lagu ni," komen beberapa netizen. 

Selena Gomez, Hailey Baldwin

Artikel Lain