suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rap itu muzik iblis” - Kanye West nekad tinggalkan kerjaya 'rap', beralih ke genre keagamaan

Kanye nekad tinggalkan kerjayanya sebagai penyanyi rap.

SELEBRITI Kanye West nekad tinggalkan kerjayanya sebagai penyanyi rap kerana menganggap rap itu sebagai muzik iblis.

Ketika diwawancara oleh organisasi media, seorang paderi bernama Adam Tyson berkata, bahawa Kanye telah kembali ke pangkal jalan dan mahu berhenti daripada muzik rap.

"Ada satu hari tu, dia beritahu saya yang dia memang dah tak mahu rap lagi. 

"Apabila saya tanya, Kanye berkata itu muzik iblis, saya pun jelaskan kepada dia bahawa rap adalah sebuah genre. Kau masih lagi boleh rap dengan konsep ketuhanan," ujar Tyson. 

Kanye mahu fokus hasilkan lagu-lagu berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan.

Suami Kim Kardashian ini mengakui sudah serik dengan kerjaya sebagai penyanyi rap dan berpendapat untuk mengeluarkan album yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan pada Oktober. 

Memetik laporan New York Times, Kanye akan memfokuskan dirinya secara eksklusif dengan lebih terperinci dalam kesucian agama dan perjalanan spiritualnya. 

"Saya bersyukur dengan kemewahan dan bakat yang Tuhan kurniakan pada saya. Album ini dibuat untuk saya hargai kewujudannya," kata Kanye. 

Kanye dikhabarkan masih lagi menyanyi cuma genre lagunya berbeza daripada lagu sebelumnya. - CNN

Artikel Lain