suria

Baim Wong jual emas isteri untuk beli hadiah perkahwinan Raffi Ahmad

Baim menghadiahkan karpet kepada Raffi Ahmad sempena ulang tahun.

PELAKON dan pengacara terkenal Indonesia, Baim Wong bersepakat dengan isterinya, Paula Verhoeven untuk memberi hadiah sempena ulang tahun ke-5 pernikahan rakan baiknya Raffi Ahmad dan pasangan, Nagita Slavina.

Menurut Paula, dia terpaksa menggadaikan koleksi emasnya bagi menuruti permintaan suami untuk membeli permaidani sebagai hadiah perkahwinan kepada pasangan itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat pengurusan artis buat laporan polis terhadap Baim Wong

ARTIKEL BERKAITAN: Menyamar jadi orang gila, Baim Wong hadiahkan seikat wang tunai kepada penjual pisang

Koleksi emas yang dijual pasangan ini.

Menerusi saluran YouTube Baim Paula, pasangan itu menjual koleksi perhiasan emasnya di sebuah kedai pajak gadai di Jakarta, Indonesia.

Hasil jualan itu mereka berjaya mengumpulkan wang sejumlah RM7880. 

"Jual emas RM7880.15," kata Paula.

Kemudian, pasangan tersebut membeli sebuah permaidani seperti yang diidamkan isteri Raffi menggunakan hasil wang tebusan emas tersebut. 

Demi sahabat baik, Baim sanggup jual emas untuk beli hadiah perkahwinan Raffi.

Menerusi video itu juga, Baim menggendong karpet tersebut di pusat membeli belah untuk memberikan hadiah itu kepada Nagita setelah mengetahui wanita itu turut berada di lokasi yang sama. 

"Sayang awak tak malu ke ke hulur ke hilir dengan karpet ni? Kalau saya, saya malu tau. Ada-ada je awak ni," kata Paula. 

"Jom kita masuk mall. Ini demi Gigi dengan Raffi tau," balas Baim. 

Sementara itu, Baim kesal dengan insiden yang menimpa Raffi apabila kereta mewah milik pelakon popular itu dilaporkan terbakar di Sentul Selatan, Bogor, Jawa Barat pada 19 Oktober lalu. 

Baim terharu kerana Raffi tetap menghadiri acara jemputannya meskipun kereta mewah Lamborghini milik suami Nagita itu terbakar pada hari yang sama.

"Raffi baik dengan kita, kereta dia terbakar. Macam mana la saya nak balas jasa dia," kata Baim.

Baim Wong, Raffi Ahmad

Artikel Lain