Syarikat pengurusan artis buat laporan polis terhadap Baim Wong - Bintang Global | mStar

Syarikat pengurusan artis buat laporan polis terhadap Baim Wong

Baim Wong dilapor polis dianggap melanggar perjanjian kerjasama pengurusan artis, QQ Production.

SEBUAH syarikat pengurusan artis QQ Production membuat laporan polis terhadap pelakon Baim Wong dan Lucky Perdana di Balai Polis Jakarta kerana didakwa melanggar perjanjian kerjasama.

Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 38, sepatutnya menjalani proses penyiasatan di Balai Polis Jakarta pada Isnin tetapi gagal menghadirkan diri.

Menurut peguamnya, Jamaludin Fakaubun berkata bahawa pelakon itu tidak menerima sebarang maklumat berkaitan perkara itu.

Baim Wong dan Lucky Perdana dipercayai melanggar perjanjian kerjasama pengurusan artis, QQ Production.

"Setakat ini, Baim Wong tidak menerima apa-apa surat saman daripada polis dan saya baru sahaja tahu hal tersebut hari ini.

"Kebiasaannya kalau surat sudah sampai di tangan, dia akan kirimkan kepada saya," jelas peguam pelakon sinetron itu.

SUMBER: Alasan Baim Wong Tak Datang ke Polda Metro Jaya

Baim Wong , Lucky Perdana , polis

Artikel Lain