Miley Cyrus dan Kaitlynn Carter kini hanya kawan biasa - Bintang Global | mStar

Miley Cyrus dan Kaitlynn Carter kini hanya kawan biasa

Kaitlynn dan Miley masih berkawan biarpun sudah berpisah.

HUBUNGAN penyanyi Miley Cyrus dan pasangannya, Kaitlynn Carter yang terjalin sejak enam minggu lalu dikatakan sudah berakhir baru-baru ini.

Memetik laporan dari Hollywoodlife, sumber terdekat mendedahkan biarpun mereka bukan lagi pasangan kekasih namun masih mengekalkan persahabatan yang sudah lama.

"Miley dan Kaitlynn dah lama berkawan dan sentiasa ada untuk satu sama lain walaupun mereka berpisah. Tapi sekarang ini, mereka tidak lagi menjalinkan hubungan cinta," kata sumber.

Sumber tersebut membuat pendedahan itu menerusi sebuah artikel majalah People , Sabtu lalu.

Miley dan Liam berpisah selepas lapan bulan berkahwin.

Pada awal Ogos lalu, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Menurut laporan People.com, keputusan untuk berpisah itu dibuat secara baik oleh Miley dan Liam selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.

Bagaimanapun, perpisahan mereka itu juga didakwa berpunca daripada sifat buruk Miley yang menyukai pasangan sejenis.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila Miley dilihat sedang berseronok bercuti di Itali bersama seorang wanita iaitu Kaitlynn.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain