Tiada layanan istimewa untuk BTS, Jin dan Suga mula jalani latihan ketenteraan tahun depan - Bintang Global | mStar

Tiada layanan istimewa untuk BTS, Jin dan Suga mula jalani latihan ketenteraan tahun depan

Kumpulan BTS tidak terkecuali menjalani latihan khidmat ketenteraan.

PIHAK ketenteraan Korea Selatan mengesahkan anggota kumpulan BTS tidak akan terkecuali daripada menjalani latihan khidmat ketenteraan sama seperti individu lain di negara itu.

Menurut laporan Koreaboo.com, kenyataan rasmi berhubung latihan khidmat ketenteraan melibatkan kumpulan terkenal itu akan diumumkan hujung bulan ini.

Untuk rekod, pengecualian khidmat ketenteraan hanya diberikan kepada individu yang menyumbang khidmat bakti buat negara itu.

Tambah pihak tentera, pengecualian boleh diberikan kepada atlet yang pernah memenangi pingat emas untuk negara itu atau selebriti yang pernah mengharumkan nama negara menerusi pertandingan di peringkat dunia.

Sebelum ini timbul perdebatan berhubung isu pengecualian BTS dalam menjalani latihan khidmat ketenteraan di negara itu.

Ahli kumpulan BTS bakal menjalani latihan ketenteraan bermula tahun depan.

Undang-undang yang ditetapkan di negara itu dikatakan tidak adil apabila hanya anak seni yang telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia sahaja terkecuali daripada menjalani latihan berkenaan.

Ia sekaligus menimbulkan desas desus bahawa BTS bakal menjadi kumpulan pertama menerima pengecualian itu apabila mereka banyak mempromosikan budaya Korea di peringkat global.

Anggota paling tua iaitu Jin dan Suga masing-masing berusia 26 tahun dijangka akan mula mendaftarkan diri dan menjalani latihan mulai tahun depan.

Ia kemudiannya disusuli dengan Rap Monster, J-Hope, Jimin, V dan diakhiri oleh anggota termuda dalam kumpulan itu, Jungkook.

BTS , ketenteraan

Artikel Sebelum

Artikel Lain