Ariana Grande berang alat penggera hotel mewah berbunyi tanpa henti - Bintang Global | mStar

Ariana Grande berang alat penggera hotel mewah berbunyi tanpa henti

Ariana berang terhadap servis yang ditawarkan hotel tempat dia menginap.

PENYANYI Ariana Grande berang selepas alat penggera kebakaran tempat dia menginap rosak dan mengeluarkan bunyi tanpa henti.

Lebih teruk apabila insiden itu berlaku pada tengah malam Khamis sewaktu penyanyi yang terkenal dengan lagu 7 Rings itu sedang nyenyak tidur.

Gara-gara insiden itu, kesemua tetamu yang menginap di hotel berkenaan bergegas meninggalkan tempat berkenaan selepas panik dengan amaran palsu berkenaan.

Meluahkan rasa kesal terhadap pengurusan hotel itu, Ariana memuat naik sebuah video Instastory miliknya.

Ariana menginap di sebuah hotel dengan nilai lebih RM13, 000 satu malam.

Menerusi video berkenaan, Ariana dilihat menunjukkan jari tengah apabila terpaksa bangun dan meninggalkan suite mewah itu ketika alat penggera kebakaran sedang berbunyi.

Menurut laporan Dailymail.com, Ariana kecewa apabila insiden seumpama itu berlaku di penthouse mewah di Scotland yang disewa dengan nilai lebih RM13,000 satu malam.

Selain Ariana, pelakon Billy Connolly yang menginap di hotel itu turut berdepan perkara sama.

Ariana Grande , hotel

Artikel Lain