suria

B.I ditahan semula selepas mengaku terlibat jual beli dadah

B.I akhirnya mengaku terlibat dalam urusan jual beli dadah.

BEKAS vokalis kumpulan iKON iaitu B.I akhirnya mengaku terlibat dalam menjalankan urusan jual beli dadah bersama seorang individu dikenali sebagai Mr. A pada Ogos 2016 lalu.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Gyeonggi Selatan yang mendedahkan perkara itu berkata, B.I membuat pengakuan berkenaan selepas dia ditahan semula pihak polis bagi membantu siasatan dakwaan terlibat dalam kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

"Ya, B.I mengaku bagi beberapa pertuduhan dadah dalam siasatan yang dilakukan terhadapnya baru-baru ini," katanya ringkas.

Melalui pengakuan itu, B.I didakwa di bawah akta dadah berbahaya sekaligus menjadi antara tiga suspek yang disiasat dalam kes itu.

B.I sebelum ini pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung urusan jual beli dadah.

B.I sebelum ini ditahan semula pada Selasa lalu selepas pihak polis berjaya mendapatkan bukti yang kukuh bagi mendakwa penyanyi itu.

Penyanyi berkenaan pernah ditahan sebelum ini selepas perbualan mengenai urusan jual beli dadah antara dia dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mr. A melalui aplikasi Kakaotalk tersebar di media sosial.

Melalui perbualan itu, B.I menyatakan hasrat mahu membeli barangan terlarang itu dalam jumlah yang banyak sekiranya diberikan diskaun.

B.I bagaimanapun dibebaskan semula selepas polis tidak mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan siasatan terhadapnya. - Koreaboo.com

B.I iKON, dadah

Artikel Lain