Peminat selidik harga tas tangan mewah Luna Maya... ramai terkejut apabila tahu nilai sebenar! - Bintang Global | mStar

Peminat selidik harga tas tangan mewah Luna Maya... ramai terkejut apabila tahu nilai sebenar!

Peminat menyiasat harga tas tangan berwarna hitam yang digayakan oleh Luna Maya.

APA sahaja yang digayakan oleh selebriti pastinya akan menarik perhatian ramai, sampaikan ada peminat fanatik yang sanggup menyiasat nilai harga sesuatu barangan dipakai oleh idola mereka.

Ini termasuklah pelakon Luna Maya yang tidak terlepas daripada menjadi perhatian peminat.

Terbaharu, tas tangan mewah berwarna hitam yang digayakan semasa bercuti di Jepun dikatakan berharga ratusan ribu ringgit.

Peminat membongkar harga beg yang dipakai Luna Maya

Menurut laporan portal Brilio.net, Luna bersama beberapa kenalannya kini sedang bercuti di negara matahari terbit itu.

Menerusi satu muat naik video di Instastory teman rapatnya iaitu Paula Ola, Luna dilihat mengenakan beg berjenama mewah.

Teruja dengan tas tangan tersebut, lantas peminat mula membuat carian mengenai harga aksesori wanita tersebut.

Hasil carian di Instagram @hermes_selebriti, tas tangan berkenaan dipercayai bernilai hampir RM300,000 (1 bilion Rupiah)

SUMBER: Brilio.net

Luna Maya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain