suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenna Dewan dan Channing Tatum masih berbincang soal penjagaan anak

Jenna dan Channing masih belum tetapkan hak penjagaan anak mereka.

PELAKON Jenna Dewan memberitahu dia dan bekas suaminya, Channing Tatum masih dalam perbincangan mengenai penjagaan anak mereka, Everly Tatum.

Memetik laporan Hollywoodlife, buat masa ini Jenna masih menjaga anak mereka bersama pasangan baharunya, Steve Kazee.

"Kami masih fikirkan tentang perkara itu (penjagaan anak). Saya sangat beruntung mempunyai pasangan yang menakjubkan seperti Steve yang sentiasa bersama saya menjaga Evy.

Jenna dan Channing bercerai pada April tahun lalu.

"Untuk memiliki pasangan yang sentiasa berada dengan anda dan tolong anda mengharungi semua perkara sangat menakjubkan," katanya.

Jenna dan Channing Tatum mengejutkan dunia hiburan apabila mereka mengumumkan perceraian selepas sembilan tahun berkahwin pada April tahun lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Everly Tatum yang kini berusia enam tahun.

Artikel Lain