Polis sahkan Lucinta perempuan sejak Disember lalu, 'teman lelaki' juga perempuan

Lucinta dan 'teman lelaki' ditahan polis dipercayai terbabit kes dadah.

JANTINA penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna yang ditahan Selasa lalu dipercayai terbabit penyalahgunaan dadah jenis ecstasy, adalah perempuan.

Ia berdasarkan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang membenarkan permohonan penukaran jantina Lucinta, tahun lalu.

Perkara itu disahkan Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus di Balai Polis Metro Jakarta Barat, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah identiti Lucinta Luna, nama sebenar Muhammad Fatah - “Kad pengenalan perempuan, pasport lelaki”

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan

“Lucinta Luna sudah diakui sebagai perempuan sejak Disember lalu,” katanya seperti dilapor agensi.

Selasa lalu, Lucinta, 30, yang pernah menghasilkan video muzik single Bobo Dimana bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, ditahan selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi.

Lucinta ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri. Polis menemukan beberapa pil ecstasy di apartmennya.

Penahanan Lucinta membuatkan polis bingung untuk menempatkan penyanyi transgender itu di lokap lelaki atau wanita, akibat keraguan status jantinanya.

Turut ditahan, ‘teman lelakinya’ yang kemudian disahkan polis sebenarnya adalah perempuan.

Menerusi Keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Lucinta kini memiliki nama rasmi Ayluna Putri. - AGENSI

Lucinta Luna

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain