suria

Meriah! Kepulangan pelakon 'Parasite' bawa balik trofi ke Korea Selatan disambut seperti hero

Filem Parasite menjadi filem Asia pertama memenangi kategori utama Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-92 (Oscars) baru,baru ini. Foto: Gegenews

BARISAN pelakon dan kru filem Parasite disambut penuh meriah sebaik sahaja tiba di negara asal mereka, Korea Selatan pada Rabu.

Sambutan istimewa itu dibuat susulan kejayaan filem tersebut meraih kemenangan di Anugerah Akademi ke-92 (Oscars 2020) pada Ahad lalu.

Menurut laporan media tempatan Yonhap, pelakon filem tersebut iaitu Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Choi Woo-shik, Cho Yeo-jeong, Jang Hye-jin, Park So-dam, dan Park Myung-hoon disambut oleh puluhan wartawan dan peminat di Incheon International Airport.

"Kami mencapai prestasi baik kerana sokongan terus menerus daripada rakyat Korea.

Kepulangan team filem Parasite disambut meriah.

"Kita akan lakukan yang terbaik untuk mempromosikan budaya dan seni Korea kepada semua peminat filem di seluruh dunia melalui filem yang berkualiti," kata Song Kang-ho.

Sementara itu, penerbit Kwak Sin-ae turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong filem ini sejak awal pembikinan.

Parasite mencatat sejarah dalam Oscars 2020 apabila menjadi filem pertama Asia yang memenangi kategori filem terbaik (Best Picture).

Filem itu juga membawa pulang tiga kategori lain iaitu Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Original Terbaik.

Parasite

Artikel Lain