suria

Polis dedah identiti Lucinta Luna, nama sebenar Muhammad Fatah - “Kad pengenalan perempuan, pasport lelaki”

Polis dedah jantina yang tentera pada kad pengenalan Lucinta Luna.

IDENTITI serta jantina asal penyanyi dangdut, Lucinta Luna mula menjadi pendebatan masyarakat setelah ditahan pihak polis kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah pada Selasa lalu.

Menjawab kekeliruan tersebut, Ketua Bahagian Perhubungan Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus, berkata terdapat perbezaan jantina pada dokumen pengenalan diri dan pasport milik Lucinta.

"Di kad pengenalan dia perempuan, di pasport dia lelaki. Namanya MF!," katanya merujuk kepada nama sebenar Lucinta iaitu Muhammad Fatah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan

Sebelum ini, identiti dan jantina Lucinta Luna menjadi perbualan hangat masyarakat apabila dia dikatakan seorang transgender yang menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan.

Bagaimanapun, setelah ditahan kerana kes dadah, isu jantina asal Lucinta kembali menjadi perhatian sehinggakan pihak polis terpaksa mendedahkan identiti sebenar penyanyi tersebut.

Lucinta pernah bergandingan bersama Aliff Syukri dan Nur Sajat dalam lagu Bobo Dimana.

Malah, polis Indonesia juga bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi berumur 30 tahun itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

Menurut media tempatan, Lucinta ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Lucinta popular dengan lagu berjudul ‘Bobo Dimana’ ini pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat. 

SUMBER: Liputan 6

Lucinta Luna

Artikel Lain