suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joe Jonas bakal jadi bapa, Sophie Turner kini hamil

Joe Jonas dan isterinya, Sophie Turner.

ANGGOTA kumpulan Jonas Brothers iaitu Joe Jonas bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Sophie Turner dilaporkan sedang hamil.

Sumber terdekat memberitahu pasangan itu memilih untuk tidak menghebohkan namun rakan serta keluarga sangat teruja dengan berita tersebut.

"Joe dan Sophie tidak mahu terlalu kecoh mengenai perkara itu tetapi rakan-rakan dan keluarga sangat teruja untuk mereka.

Joe dan Sophie memilih untuk merahsiakan berita gembira.

"Sekarang Sophie lebih memilih baju untuk dipakai ketika acara karpet merah memandangkan bentuk badannya sudah berubah," kata sumber.

Bagaimanapun pasangan itu masih merahsiakan perkara itu dan enggan memberi sebarang kenyataan.

Joe dan Sophie mendirikan rumah di Las Vegas pada Mei tahun lalu selepas Anugerah Muzik Billboard berlangsung.  

Sumber - Hollywoodlife

Joe Jonas, Sophie Turner

Artikel Lain