suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber semakin terbuka kongsi kisah rumah tangga

Justin bersama isteri tersayang, Hailey.

KEBELAKANGAN ini, penyanyi Justin Bieber bersikap lebih terbuka mengenai kisah rumah tangganya bersama isteri, Hailey Baldwin.

Menurut laporan Dailymail, Justin mengaku dia lebih banyak menghabiskan masa bersama isteri di bilik tidur.

"Saya suka sentiasa berada bersama isteri... rasanya anda boleh meneka apa kami lakukan sepanjang hari, semuanya boleh jadi gila, sama seperti anda juga.

"Selain itu kami suka menonton Netflix dan bersantai sahaja di bilik, rasa lebih senang apabila bersama isteri di bilik.

"Perkahwinan itu sangat indah... tapi jangan tertipu, alam perkahwinan juga tidak mudah. Ia perlukan usaha," katanya.

Terdahulu, Justin dan Hailey menjalinkan hubungan percintaan mereka sejak tahun 2016 sebelum memutuskan pertunangan mereka. 

Pada September 2018, mereka akhirnya berkahwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat.

Justin Bieber, Hailey Baldwin

Artikel Lain