suria

Justin Bieber bakal jadi bapa? Peminat buat ramalan, konon lagu baharu beri bayangan Hailey Baldwin sedang hamil

Peminat membuat andaian pasangan ini bakal timang cahaya mata tidak lama lagi.

KISAH rumah tangga penyanyi Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin sentiasa menjadi perhatian peminat.

Menerusi laporan Hollywoodlife, peminat membuat andaian model cantik itu kini sedang berbadan dua selepas mendengar lagu All Around Me nyanyian Justin.

Lagu yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai latar belakang suara bayi yang dikatakan seakan-akan memberi gambaran mengenai kehidupan pasangan itu.

Justin kini lebih terbuka kongsi kehidupan peribadinya.

"Penghujung lagu All Around Me ada terdengar suara bayi. Adakah ini bermaksud mereka akan timang bayi tidak lama lagi?

"Nanti kejap... ada bunyi suara bayi! Adakah Justin nak jadi bapa?" tulis beberapa peminat di Twitter.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2018 di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat.

Justin Bieber, Hailey Baldwin

Artikel Lain