Bapa hina kemaluan bekas isteri, akhirnya anak yang dapat malu... dibuli rakan sekolah - Bintang Global | mStar

Bapa hina kemaluan bekas isteri, akhirnya anak yang dapat malu... dibuli rakan sekolah

King Faaz menjadi mangsa buli gara-gara kisah ibu bapa mereka tular. Foto Tribunnews

PENGHINAAN yang dilakukan pelakon Galih Ginanjar terhadap bekas isterinya Fairuz A Rafiq masih belum menemui titik nokhtah.

Menurut laporan Liputan6, kali ini anak tunggal mereka iaitu King Faaz Arafiq pula terheret sama dalam isu memalukan itu.

Dikhabarkan kanak-kanak berusia 7 tahun itu menjadi mangsa buli di sekolah setelah tular kisah mengenai kedua ibu bapanya sejak awal Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Galih Ginanjar disiasat polis 13 jam, nafi 'bau ikan masin' merujuk kemaluan bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Isu hina kemaluan bekas isteri, Fairuz belum boleh maafkan Galih Ginanjar “Harga diri saya dipijak-pijak!”

Isteri kepada Galih iaitu Barbie Kumalasari berkata apa yang terjadi kepada anak tirinya itu merupakan antara risiko yang harus mereka hadapi.

Malah, Barbie menyalahkan Fairuz di atas keengganannya berdamai dengan Galih.

"Iyalah risiko, nama pun kanak-kanak mesti akan jadi begitu (buli). Makin viral berita itu... pasti emosi anak pun kena! Sejak awal saya dah cakap kasihan dekat anak, tapi permintaan untuk berdamai tak dilayan, ya sudah!

"Mahu tak mahu itu ayahnya, pasti akan lebih ramai membuli atau memanjangkan isu ini sampai proses perbicaraan.

"Ia akan membuatkan psikologi anak menjadi lebih parah, jadi yang kena nanti anaklah!," katanya.

Galih dan dua Youtuber iaitu Rey Utami dan Pablo masih lagi berada dalam tahanan polis dan sedang dibicarakan.

SUMBER: Liputan6

Galih Ginanjar , Fairuz A. Rafiq

Artikel Lain