Galih Ginanjar disiasat polis 13 jam, nafi 'bau ikan masin' merujuk kemaluan bekas isteri - Bintang Global | mStar

Galih Ginanjar disiasat polis 13 jam, nafi 'bau ikan masin' merujuk kemaluan bekas isteri

Galih disiasat polis selama 13 jam. Foto: Tribun News

PELAKON Galih Ginanjar disoal siasat polis selama 13 jam berhubung kes penghinaan yang dibuat lelaki itu terhadap bekas isterinya yang juga aktres, Fairuz A Rafiq.

Menerusi laporan Tribunnews, Galih tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya ditemani peguam, Rihat Hutabarat dan dibenarkan pulang selepas 13 jam berada dalam bangunan tersebut.

Galih yang ditemui media selepas soal siasat dilihat keletihan dan dibantu peguam memberikan keterangan kepada wartawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Galih Ginajar bakal dipenjara 6 tahun hina kemaluan bekas isteri berbau ikan masin

"Selama 13 jam ada empat pertanyaan diterima Galih berkait rakaman penghinaan dan proses pembuatan video itu.

"Siasatan berjalan lancar dan tiada tekanan dan tindakan lain, namun agak penat kerana kurang rehat," katanya.

Sebelum itu, pelakon sinetron Cinderella ini tampil membela diri dengan menegaskan kenyataan bau ikan masin yang didakwa menghina itu sebenarnya bukan ditujukan pada alat sulit bekas isterinya seperti tanggapan ramai.

Fairuz buat laporan polis terhadap bekas suami, Galih Ginanjar.

"Sebenarnya bagi saya ikan masin yang saya katakan itu adalah makanan,” katanya.

Hadir sama ketika sidang media itu ialah isteri Galih, Barbie Kumalasari dan peguam, Rihat Hutabarat.

Pada Khamis, Galih dalam satu video yang tular di media sosial mendakwa kemaluan bekas isterinya itu berbau busuk seperti ikan masin sehingga mendorong Fairuz membuat laporan polis.

Ekoran isu tersebut, seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bertegas mahu menegakkan keadilan buatnya.

Galih dan Fairuz berkahwin pada 2011 namun pada 2013 pasangan ini disahkan bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

SUMBER: Tribunnews

Galih Ginanjar , Fairuz A. Rafiq

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain