suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Galih Ginajar bakal dipenjara 6 tahun hina kemaluan bekas isteri berbau ikan masin

Fairuz bersama suami dan peguamnya selepas membuat laporan polis terhadap Galih. -Foto Detikcom

GARA-GARA mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube, pelakon Indonesia Galih Ginanjar bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun.

Menurut laporan CNN Indonesia, bekas isterinya yang juga seorang aktres Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah 'dalam kain' ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Menerusi pendedahan tersebut, Galih memberitahu hubungan kelamin yang dilakukan mereka hanya bertahan selama 15 minit.

Fairuz dan suaminya, Sonny membuat laporan polis terhadap Galih.

Malah, lebih keterlaluan apabila Galih turut mendakwa alat sulit bekas isterinya berbau seperti ikan masin.

Ekoran isu tersebut, seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bertegas mahu menegakkan keadilan buatnya.

Galih dan Fairuz berkahwin pada 2011 namun pada 2013 pasangan ini disahkan bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Fairuz A Rafiq, Galil Ginanjar

Artikel Lain