suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta Laura undur diri dari media sosial, netizen kaitkan isu gambar panas bersama bekas kekasih tersebar

SELEBRITI terkenal Indonesia, Cinta Laura mengumumkan untuk berhenti seketika menggunakan laman sosial terutamanya Instagram.

Cinta atau nama sebenarnya Cinta Laura Kiehl, 26, nekad berbuat demikian selepas sedar dia kurang memberi perhatian kepada orang di sekelilingnya kerana terlalu aktif dengan dunia maya.

Cinta Laura umum undur diri daripada media sosial.

"Saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada menggunakan laman sosial, kadang-kadang kita terlalu asyik melayan dunia maya sehingga tidak memberi perhatian kepada mereka yang berada di sekeliling.

"Saya nekad untuk memberi lebih tumpuan kepada kerja dan insan tersayang. Dah siapa tahu, mungkin ada kejutan yang bakal tiba kelak. Jumpa lagi!," tulis Cinta di Instagram.

Status tersebut dimuat naik pada Jumaat.

Namun netizen mula beranggapan tindakan tersebut adalah berpunca daripada isu penyebaran gambar adegan mesra Cinta bersama bekas teman lelakinya bulan lalu.
cinta laura

Artikel Lain