suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal beraksi di Arab Saudi, pakaian Nicki Minaj jadi persoalan

Nicki Minaj bakal menjadi artis pembukaan bagi konsert di Arab Saudi hujung bulan ini.

PENYANYI Nicki Minaj penyanyi Hollywood pertama bakal membuat persembahan di Arab Saudi selepas pihak pesta kebudayaan negara itu menggugurkan sekatan penganjuran festival berbentuk hiburan.

Nicki Minaj atau nama sebenarnya Onika Tanya Maraj akan menjadi artis undangan pembuka festival konsert yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

Menurut laporan Al-Jazeera, pihak Jeddah bagaimanapun menetapkan beberapa peraturan terhadap konsert itu yang bakal berlangsung di King Abdullah Sport City, Arab Saudi.

Antara larangan bagi penganjuran konsert itu perlu bebas dadah dan larangan minuman beralkohol.

Kehadiran ratu rap yang sememangnya terkenal dengan imej luar biasa dan persembahan berunsur seksual ke negara Islam itu tentunya mencetuskan kontroversi di media sosial.

Rata-rata mereka meluahkan kekecewaan sehingga ada yang membayangkan Minaj membuat persembahan dalam pakaian tradisional negara itu.

Nicki Minaj, Arab Saudi

Artikel Lain