BERITA mengenai perceraian pasangan popular Korea iaitu Song Joong-ki dan Song Hye-kyo mendapat perhatian umum sejak minggu lalu.
Menurut laporan Allkpop, berita tersebut membuatkan bapa kepada Song Joong-ki, Song Yong-gak tidak mahu keluar dari rumahnya kerana terkejut.
Malah, bapanya dikatakan tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai perceraian tersebut sehingga dia membaca berita itu menerusi laporan media.
Sebelum ini, bapa Joong-ki dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya.
Sebelum mengetahui mengenai rumah tangga anaknya, dia sempat mempromosikan drama terbaru Song Hye-kyo kepada rakan-rakannya.
Yong-gak sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan dia tidak merestui keputusan anaknya untuk berkahwin dengan Song Hye-kyo.
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Song Joong-ki akhirnya mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya pada 26 Jun lalu.
Hye-kyo dan Jong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.