suria

Dituduh buat pembedahan bibir... ini komen balas HyunA!

Netizan berbalah mengenai perubahan pada bibir HyunA. Foto: Koreaboo

PENAMPILAN terbaharu penyanyi HyunA menarik perhatian netizen apabila bentuk bibirnya dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelum ini.

Ada yang membuat spekulasi HyunA telah melakukan pembedahan plastik bagi mencantikkan bahagian tersebut sehingga ia kelihatan lebih mungil.

Menurut laporan Koreaboo, foto terbaharu HyunA yang tular di media sosial itu dirakam semasa dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Tidak mahu netizen terus membuat spekulasi berhubung isu tersebut, Hyuna menerusi Instagram memuat naik kenyataan mengenai perkara itu.

"Saya tak solek bahagian mata dan telah menanda lebih pada bahagian luar garis bibir.

"Mekap saya gunakan ada masanya kelihatan tebal dan ada masa hanya mekap nipis dan saya suka kelihatan berbeza setiap waktu.

"Saya seronok dapat mengubah penampilan apabila berada di mana-mana program, tapi saya tak suka komen jahat yang ditulis di laman sosial," katanya.

Sebelum itu, agensi yang menguruskan Hyuna iaitu P-Nation telah membuat penafian berkaitan isu ini.

"Perlu ke kami sahkan tentang sesuatu perkara seperti perubahan bibir? Baiklah... kami akan cuba sahkan pada kalian nanti," kata wakil agensi tersebut.

SUMBER: Koreaboo

HyunA

Artikel Lain