suria

Foto Miley Cyrus bercium tersebar... Liam Hemsworth patah hati, bawa diri ke Australia

Miley Cyrus menggemparkan industri hiburan dengan berita perpisahannya dengan Liam Hemsworth.

PELAKON Liam Hemsworth berhasrat untuk bercuti lebih lama selepas bekas isterinya, Miley Cyrus mengumumkan perpisahan mereka beberapa jam sebelum ulang tahun kelahirannya ke-29 pada Ahad.

Menurut laporan Metro.uk, Liam yang kini berada di Australia bersama adik lelakinya, Chris Hemsworth pada awalnya merancang untuk bercuti selama tiga hari.

Namun aktor itu membuat keputusan untuk tinggal lebih lama iaitu selama tiga minggu.

Dalam pada itu, sumber terdekat memberitahu Liam ketika ini sedang bersedih susulan penceraiannya.

Liam kini sedang bercuti dengan adik lelakinya di Australia.

"Liam mempunyai impian untuk membina keluarga dan mempunyai anak bersama Miley tetapi harapan itu sudah musnah.

"Sekarang semuanya sudah tidak terkawal dan tiada jalan untuk mereka memperbetulkan hubungan buat masa ini," ujarnya.

Terdahulu, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan mengenai perpisahan dengan bintang filem The Hunger Games itu selepas tidak sampai lapan bulan mendirikan rumah tangga.

Miley meninggalkan Liam kerana didakwa menjalinkan hubungan sejenis dengan seorang wanita bernama Kaitlynn Carter.

Miley sedang bercuti di Pulau Como, Itali.

Selain itu, Miley juga dilihat sedang berseronok bercuti di Pulau Como, Itali bersama wanita itu dan foto mereka bercium turut tersebar di media sosial.

Miley dan Liam sebelum ini melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada 23 Disember 2018.

Berita perkahwinan itu bagaimanapun tidak dikongsikan kepada umum dan hanya diketahui selepas Miley berkongsi foto dia mengenakan gaun perkahwinan putih beberapa hari selepas itu.

Artikel Lain