suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta makin hangat, Camila Cabello bertemu ibu bapa Shawn Mendes

Camila Cabello dan Shawn Mendes semakin serius dalam bercinta.

HUBUNGAN cinta antara penyanyi Camila Cabello dan Shawn Mendes nampaknya memasuki fasa yang lebih serius.

Menurut laporan Hollywood Life, Camila sudah bertemu dengan ibu bapa kepada penyanyi kacak itu.

Pertemuan itu berlangsung sewaktu sambutan ulang tahun ke-21 Mendes pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Camila turut berkongsi foto di sekitar majlis itu buat 37.7 juta pengikutnya di Instagram.

Foto itu turut disertakan dengan kapsyen yang mengucapkan 'Aku Cinta Kamu' kepada Mendes.

Lagu Senorita nyanyi Camila dan Mendes kini hangat dimainkan di seluruh dunia.

Ia pantas menerima pelbagai komen termasuk yang memuji keserasian mereka.

Sebelum ini, mereka dirakam sedang berpegangan tangan penuh kemesraan di sekitar New York.

Dua pasangan itu kini sedang menakluki carta muzik di seluruh dunia dengan lagu duet mereka berjudul Senorita.

Muzik video lagu itu sehingga kini sudah ditonton lebih 420 juta tontonan di Youtube.

Camila Cabello, Shawn Mendes

Artikel Lain