suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kenapa makin kurus?” - Peminat terkejut tengok perubahan badan Park Seo Joon

Perubahan berat badan mendadak membuatkan peminat terkejut dan risau kesihatan Park Seo Joon. Foto: jazminemedia.com

PERUBAHAN saiz badan pelakon Park Seo Joon mengejutkan ramai peminat apabila tubuhnya dikatakan semakin kurus.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik seorang peminat bertuah di Instagram, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaharu Seo Joon.

Menurut laporan Allkpop, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi berhubung perkara itu.

Antara yang mencuri tumpuan ialah komen netizen mengenai perubahan saiz badannya yang semakin kurus, tidak seperti sebelum ini.

"Kenapa dia nampak kurus?," tanya netizen.

"Dia kata berat badannya dah turun," jawab pemilik akaun yang memuat naik foto tersebut.

Gambar tersebut dirakam oleh seorang peminat wanita yang bertemu Seo Joon ketika promosi filem terbaharunya berjudul The Divine Fury pada 30 Julai lalu.

Hanya peminat bertuah sahaja yang dapat bertemu pelakon ini dalam sesi meet and great.

SUMBER: Allkpop

Park Seo Joon

Artikel Lain