suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kang Daniel pindah rumah sebab gosip cinta dengan Jihyo Twice? Ini penjelasan agensi...

Agensi menafikan Kang Daniel berpindah dari UN Village.

KHABAR angin mengenai penyanyi Kang Daniel berpindah keluar dari rumahnya di UN Village gara-gara tertekan dengan berita mengenai hubungan cintanya dengan Jihyo Twice dinafikan agensi Konnect Entertainment.

Menurut laporan Allkpop.com, agensi itu akan memastikan tiada perubahan dibuat meskipun penyanyi itu terpalit kontroversi berkenaan.

"Gosip itu adalah tidak benar. Kang Daniel tidak pernah berpindah keluar dari UN Village.

"Bagaimanapun berhubung kehidupan peribadinya, kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan," kata agensi.

Kang Daniel dilaporkan masih menetap di UN Village.

Tambahnya agensi itu lagi, anggota kumpulan Wanna One itu masih menetap di rumahnya di kawasan UN Village dan tiada sebarang perubahan seperti mana didakwa sebelum ini.

"Kang Daniel masih menetap di UN Village," katanya.

Media tempatan, Sports Chosun sebelum ini melaporkan Kang Daniel akan berpindah keluar dari UN Village.

Kang Daniel, UN Village

Artikel Lain