Isu hina kemaluan bekas isteri, Fairuz belum boleh maafkan Galih Ginanjar “Harga diri saya dipijak-pijak!”

Fairuz tidak boleh menerima penghiunaan yang dilakukan oleh bekas suami. Foto: Liputan6

BEKAS isteri kepada pelakon Galih Ginanjar iaitu Fairuz A. Rafiq masih belum memaafkan penghinaan yang dilakukan oleh aktor tersebut terhadap dirinya.

Menerusi laporan Liputan6, Fairuz berkata dia berasa cukup terhina dengan kata-kata Galih dan mempersoalkan mengapa ungkapan maaf itu tidak diluahkan sejak awal lagi.

"Selama ini saya dizalimi, selama ini harga diri saya dipijak-pijak sebagai sebagai seorang perempuan, selama ini juga saya hanya berdiam," katanya kepada media pada Selasa lalu.

Dengan linangan air mata, Fairuz meluahkan rasa sedih dengan penghinaan yang dilakukan bekas suami yang sanggup memalukan dirinya dalam satu rakaman video.

Dia turut terkilan dengan tindakan dua Youtuber iaitu Rey Utami dan Pablo Benua yang sanggup menjadikan isu kemaluan dan bau ikan masin sebagai bahan untuk kandungan video mereka.

"Kamu tak tahu apa saya rasa selama ini, saya cuba kuat untuk anak-anak, untuk emak... sekarang ini saya cuma ada emak yang menyebabkan saya terus kuat.

"Sekarang ini baru kamu nak menyesal, baru nak minta maaf, sebelum ini ke mana? Itu jawapan aku! Mungkin kamu tak tahu apa yang saya rasakan," ujarnya.

Sebelum itu, Galih Ginanjar menyampaikan permohonan maaf kepada Fairuz A. Rafiq melalui sepucuk surat yang dibacakan oleh isterinya iaitu Barbie Kumalasari.

Galih, Rey Utami dan Pablo masih lagi berada dalam tahanan polis dan sedang dibicarakan.

Galih Ginanjar, Fairuz A Rafiq

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain