suria

Kes hina kemaluan bekas isteri masih dalam perbicaraan, Galih Ginanjar sihat dalam tahanan

Galih Ginanjar semakin gemuk dan sihat sepanjang dalam tahanan.

ISTERI kepada pelakon Galih Ginanjar iaitu Barbie Kumalasari memaklumkan suaminya dalam keadaan baik dan sihat sepanjang berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya, Indonesia.

Menurut Barbie, Galih kelihatan lebih gemuk kerana terpaksa meninggalkan aktiviti senaman yang sering dilakukan sebelum ini.

"Selalunya dia sering bersenam, mungkin di dalam itu hanya sesekali, jadi badan cepat gemuk," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Galih Ginajar bakal dipenjara 6 tahun hina kemaluan bekas isteri berbau ikan masin

ARTIKEL BERKAITAN: Galih Ginanjar disiasat polis 13 jam, nafi 'bau ikan masin' merujuk kemaluan bekas isteri

Dalam pada itu, Barbie turut memberitahu Galih mula mendekatkan diri dengan tuhan dan menjalani kehidupan rohani lebih baik.

Katanya, Galih mula bercampur dengan tahanan yang memiliki ilmu agama dan melayanannya dengan begitu baik sekali.

"Iya, nampak kearah itu, mungkin kerana dia dapat teman-teman yang tak lupa beribadah dan dekat dengan agama.

"Mereka juga melayan Galih dengan begitu baik seperti adik sendiri, saya tengok mereka sentiasa beribadah," ujarnya.

Pada 3 Julai lalu, Galih dikatakan mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube dan bakal bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun kerana tindakannya itu.

Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah 'dalam kain' ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini masih belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kemaluan isteri dengan bau ikan masin.

SUMBER: Liputan6

Artikel Lain