'Dark Horse' nyanyian Katy Perry sah ciplak lagu rap Kristian 'Joyful Noise'

Lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry diciplak dari lagu rap Joyful Noise.
KEPUTUSAN juri sebulat suara memutuskan lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry yang diterbitkan pada 2013 adalah ciplak daripada lagu rap Kristian berjudul Joyful Noise ciptaan Flame.

Keputusan sembilan orang juri mahkamah di Los Angeles itu dibuat selepas perbicaraan dilakukan selama seminggu yang turut menyaksikan Perry sebagai saksi utama.

Seperti dipetik CNN, Flame atau nama sebenarnya Marcus Gray berkata, Dark Horse melanggar hak cipta dengan meniru rentak dasar lagu tersebut tanpa pengetahuan dan keizinannya.

Flame berkata, lagu rap itu dilancarkan pada 2008 dan sangat popular dalam kalangan masyarakat Kristian dan terdapat di aplikasi streaming.

Sementara itu, peguam mewakili Perry berkata, bahagian yang dipertikaikan itu terlalu umum dan ringkas serta tidak dilindungi oleh hak cipta.

Keputusan perbicaraan akan dilakukan pada Selasa bagi menentukan ganti rugi yang perlu dibayar oleh Perry.


Katy Perry, Dark Horse

Artikel Lain