suria

Kejayaan penyanyi rap Bollywood pecahkan rekod BTS dipersoalkan, didakwa beli tontonan

Penyanyi rap Bollywood, Badshah berjaya memecahkan rekod tontonan tertinggi di dunia yang dipegang kumpulan BTS sebelum ini.

JIKA sebelum ini muzik video kumpulan K-pop paling popular iaitu BTS memegang rekod dunia apabila mencapai jumlah tontonan paling tinggi di Youtube dalam tempoh 24 jam, baru-baru ini kumpulan itu ditewaskan seorang penyanyi rap Bollywood dikenali sebagai Badshah.

Menurut laporan Koreaboo.com, muzik video Paagal nyanyian Badshah yang baharu dilancarkan pada Selasa itu berjaya memecahkan rekod apabila ia menerima 75 juta tontonan mengalahkan kumpulan BTS iaitu sebanyak 74.6 juta tontonan sebelum ini.

Pihak Youtube bagaimanapun tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pencapaian Badshah sebagaimana diterima kumpulan BLACKPINK bagi lagu berjudul Kill this Love dan Boy With Luv oleh BTS.

Selain itu, sebuah syarikat pengurusan hiburan di India turut mendakwa penyanyi rap itu telah membeli tontonan palsu sehingga berjaya memecahkan rekod tertinggi di dunia yang dipegang BTS.

BTS, Badshah

Artikel Lain