suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pikat perut suami, Syahrini hadiri kelas masakan

Syahrini kongsi kehidupan selepas bergelar isteri. Foto: ADRIAN PUTRA / BINTANG.COM

SETELAH bergelar isteri kepada Reino Barack, penyanyi popular Indonesia, Syahrini memberitahu dia mula mengikuti kelas masakan.

Syahrini, 37, berkata dia kini sudah boleh memasak beberapa hidangan dan menyediakan makanan untuk suami.

"Saya beli dulu bahan-bahan kemudian nanti di rumah saya masak. Saya masak beberapa menu kesukaan suami antaranya nasi goreng, sup ayam. Tapi macam rendang atau masak lemak ayam itu agak rumit.

"Mujurlah suami saya jenis yang sangat ringkas, dia makan apa sahaja," katanya.

Sebelum ini, Syahrini menjadi tumpuan media di Indonesia kerana membuat keputusan berkahwin dengan Reino secara tertutup di Masjid Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.

Selain mengikuti kelas memasak, penyanyi lagu Seperti Itu ini turut mempunyai hobi baharu iaitu membeli kelengkapan rumah terutamanya alatan dapur.

"Banyak saya belajar tentang kehidupan rumah tangga ini, selain kelas memasak, sekarang ini saya suka membeli barangan rumah.

"Contohnya barangan elektronik, beli periuk, senduk dan garpu. Saya sedang melengkapkan alatan rumah," ujarnya.

SUMBER: Liputan6

Artikel Lain