suria

Hebat! BLACKPINK catat rekod baharu menerusi lagu 'Kill This Love'

Kill This Love jadi perhatian dunia. Foto: E!News

WOW... mengagumkan! Video muzik (MV) terbaharu nyanyian BLACKPINK berjudul Kill This Love memecah rekod tersendiri apabila menerima sejuta tontonan dalam masa 30 minit setelah dilancarkan di laman Youtube.

Dalam masa dua hari lagu tersebut telah mencapai lebih 80 juta tontonan dan ia turut trending nombor satu di beberapa negara termasuklah Malaysia.

Kejayaan itu sekaligus menobatkan Kill This Love menjadi MV daripada kumpulan Kpop mencapai angka tontonan paling tinggi.

Malah tidak mustahil jika MV ini akan menerima tontonan paling tinggi dalam sejarah di Youtube.

Dalam perkembangan lain, BLACKPINK turut melancarkan mini album yang menggunakan judul yang sama.

Selain Kill This Love, ia turut mengandungi tiga buah lagu baharu iaitu Don't Know What To Do, Kick It dan Hope Not.

Manakala satu lagi lagu dilancarkan dalam versi remix iaitu lagu sensasi mereka berjudul Ddu Du Ddu Du.

BLACKPINK terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa telah berjaya menarik perhatian peminat kpop dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, SQUARE ONE pada tahun 2016.

SUMBER: Soompi

Blackpink

Artikel Lain